Bintang baru Manchester United, Edinson Cavani akhirnya membuka mulut mengenai hubungan beliau dengan bekas rakan sepasukan Paris Saint-Germain (PSG), Neymar.

Edinson Cavani dan Neymar menjadi rakan sepasukan selama 3 tahun di PSG. Dan media seringkali melaporkan kedua dua pemain tidak begitu sehaluan di bilik persalinan.

Cavani dan Neymar bukan kawan yang rapat. Segalanya bermula apabila Neymar mahu merebut tugasan penalti daripada Cavani. Dan pemain antarabangsa Uruguay itu enggan memberikannya.

Insiden itu membuatkan Unai Emery – pengurus PSG ketika itu – campur tangan dan meminta kedua dua pemain menyelesaikan isu itu secara diplomasi.

Cavani tetap menjadi pelaksana utama penalti pasukannya. Selepas itu, dalam satu perlawanan menentang Galatasaray, Cavani memberikan penalti kepada Neymar.

2734801-56518030-2560-1440

“Kami sangat berbeza. Kami tidak berkongsi banyak perkara dan berfikir secara berbeza,”

“Dalam satu kumpulan, kami tidak semestinya berkawan rapat ataupun seperti saudara. Yang paling penting adalah kami menjadi rakan di padang, saling waspada dan berlari mengejar pemain lain.”

“Benar, ada perselisihan sasya dan Neymar. Saya pemain bola sepak, saya bukan bintang. Saya memberitahunya, saya adalah orang pertama mahu melihatnya berjaya sebagai individu.”

“Saya akan lakukan apa sahaja untuk membantunya, namun dengan satu syarat; dia harus meletakkan objektif pasukan sebagai keutamaan.”

https://twitter.com/unitedaryan/status/1313338390012522496

Cavani mengingati detik beliau dan Neymar berkonfrontasi di atas padang kerana penalti.

Beliau mendapati ada wartawan seolah olah ada agenda memburukkan Neymar. Dan beliau menyatakan sebenarnya, insiden itu tidak serius sangat seperti yang digambarkan.

Cavani juga kecewa dengan beberapa media yang menulis perkara yang buruk tentang Neymar. Sedangkan pemain itu seorang yang baik hati.

“Saat saya bertikam lidah dengan Neymar – ianya berlaku ketika menentang Olympique Lyon. Semua yang dikatakan mengenai kejadian itu tidak benar.”

“Ney adalah anak lelaki yang baik,” jelas Cavani.

Cavani akan memulakan karier baharunya bersama dengan Manchester United. Cavani diberikan jersi ikonik no.7 di Old Trafford.

Cavani menyertai Man United secara percuma selepas beliau menolak untuk melanjutkan lagi kontraknya di PSG.

Cavani meninggalkan PSG sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman dalam sejarah kelab.

Baca juga perkembangan lain

Perancis Keronyok Ukraine 7-1

Turki Ikat Jerman 3 Kali Buatkan Joachim Low Bengang

Deschamps: “Griezmann Tak Gembira Jadi Penyerang Sokongan Kepada Messi”